Tuesday, March 31, 2009

Moden klasik pilihan Amber

Oleh Bennie Zie Fauzi
bennie@bharian.com.my



Perabot dan kemasan menonjolkan warna hitam, putih, merah dan kuning keemasan sesuai konsep

BERUNTUNG bergelar model seperti Amber Chia. Dalam usia semuda 27 tahun, gadis tinggi lampai ini pemilik banglo mewah yang menonjolkan garapan gaya moden klasik.

Penataan banglo tiga tingkat itu dapat dipenuhi oleh Edward dari Fix Interior yang mengambil masa sebulan untuk memenuhi cita rasa Amber.

“Saya hanya memberitahu mengenai konsep yang saya kehendaki untuk banglo berkenaan dan mereka melakukan kerja tata hias banglo sepanjang sebulan saya berada di Taiwan.

“Sekembali ke rumah, saya tergamam melihat hiasan dalaman serba lengkap. Gaya yang dititipkan nyata menepati cita rasa dan perwatakan saya,” katanya.

Selain konsep moden klasik, Amber gembira kerana semua perabot dan kemasan menonjolkan warna kegemarannya hitam, putih, merah dan kuning keemasan.
Dari kiri, almari pakaian dan set makan.

“Secara kebetulan warna ini popular di kalangan penggemar gaya moden klasik,” katanya.

Pertama kali memandang langsir malam dua tona di ruang tamu, berdetik perasaan tidak enak dalam diri Amber. Sungguhpun, mengusulkan warna coklat kegemarannya, dia mengaku mengambil masa menyukai langsir itu.

“Mulanya janggal dan lucu dipandang, lama kemudian saya perasan yang warna itu meredupkan pemandangan ruang,” katanya sebelum langsir disingkap sekali gus menghidangkan landskap segar halaman hadapan.


Melainkan mural bunga tulip dari Goodrich menghiasi dinding ruang makan, dinding selebihnya dibiarkan polos hiasan. Bagi Amber, kewujudan mural cukup berkesan sebagai titik tumpu ruang.
Amber di kamar tidurnya.

“Warna mencolok mata kelopak bunga mencuri tumpuan. Tulip bunga kesukaan dan memang saya merancang mengabadikannya di ruang makan,” katanya yang melengkapi ruang makan dengan kerusi fabrik.

“Saya berguru dengan pengalaman kala memilih perabot. Dulu, saya memiliki kerusi makan kayu namun tidak selesa. Saya tidak betah duduk lama kerana kerusi itu menyebabkan saya lenguh seluruh badan terutama di bahagian belakang. Tujuan saya beralih ke kerusi fabrik ini pun kerana ingin menghidangkan keselesaan kepada tetamu,” katanya.

Kerlipan cahaya kamera yang mengiringi langkahnya sewaktu memperaga mempengaruhi pilihan pencahayaan berciri mewah, klasik dan eksklusif. Kedudukan siling tinggi penentu kepada pemasangan lampu chandeliar kristal Alfo di ruang tamu dan ruang makan.

Bagi Amber, chandeliar adalah medium terbaik mendapatkan suasana eksklusif selain menepati ciri gaya klasik. Pencahayaan kalimantang tidak pernah memikat Amber sebaliknya lampu berfungsi boleh laras dipasang di bilik tidur, ruang berbedak, kamar persalinan bahkan ruang bersantai di aras dua.

Menyifatkan pencahayaan membantu mempelbagaikan suasana, Amber memerlukannya untuk memperoleh tidur lena, membangkitkan semangat bekerja, berehat malah ada kalanya dijadikan faktor sokongan dia membina karektor merujuk tuntutan penggambaran.

Kamar persalinan dianggapnya nadi kerjaya kerana di sini dihimpunkan pelbagai fesyen pakaian, aksesori juga kelengkapan berdandan.

Warna putih bersih menunjangi penataan diperlihatkan melalui almari Maxima berpintu kaca sorong mencecah siling. Menurut Amber, kemasan putih membuatkan warna busananya lebih menyerlah manakala pintu kaca tembus pandang memudahkan dia membelek, memilih seterusnya mengadun gayanya.

“Kelemahan almari kaca ialah ia mendedahkan segala isi di dalamnya. Namun, ini bagus kerana mengajar saya berdisiplin dalam mengemas dan menghias rumah. Saya pula selalu sibuk, kadangkala membuka menutup pintu almari mengambil masa. Menerusi rekaan telus pandang ini, saya boleh tengok, pilih, ambil dan terus sarung ke tubuh, senangkan?” kata Amber yang turut membina rak terbuka di bilik bersebelahan bagi menempatkan koleksi beg, kasut, buku dan album kenangan sepanjang pembabitan dalam bidang modeling.

Amber bertuah kerana kelengkapan dan perabot rumah mendapat tajaan yang diusahakan oleh Pengarah Kreatif Creative Home, Iko daripada Maxima, Pensonic, Goodrich, Goodnite, Red Apple, Baagus dan banyak lagi.

Tips: Pilihan Amber

Sofa - Sofa bentuk L selain berbilang fungsi (untuk bersantai dan berbaring) juga sesuai ditempatkan di mana-mana sudut ruang tamu. (DSM)

Tilam - Tidur penting bagi Amber dalam mendapatkan kesegaran wajah dan tubuh. Justeru, dia memilih tilam empuk disokong sistem spring lebar (Goodnite)

Langsir - Warna mewah langsir seperti coklat, peach dan krim meminjam unsur alam ke dalam rumah sekali gus mengundang persekitaran hangat, mesra dan semula jadi. ( Baagus)

Almari pakaian - Almari pakaian besar dan berpintu kaca membantu Amber merancang susun atur pakaian dan kasutnya. Tugas memilih pakaian menjadi lebih mudah dan cepat (Maxima)

Kepala katil Dipan - Selamat kerana mengurangkan risiko terhantuk kepada bucu katil. Katil ini juga sesuai dengan konsep moden klasik (Red Apple).

Sumber : http://www.bharian.com.my/dekor

Fahami konsep kedesaan Inggeris



Oleh Bennie Zie Fauzi
bennie@bharian.com.my

Walaupun sarat bercorak kesederhanaan perlu diutamakan

MESKIPUN, tidak menetap di negara empat musim, penggemar gaya kedesaan Inggeris boleh mempraktikkannya di sini. Begitupun, sejauh mana pemahaman kita mengenai tema dan konsep penataan ini?

Benarkan keistimewaannya terselit melalui hiasan dalamannya yang berwajah ‘kusam’ (rustic)? Mungkinkah pada motif bunga yang menghiasi dinding, pintu, birai siling dan sebagainnya? Atau, boleh jadi juga ditonjolkan menerusi sofa kulit chesterfield berpenyandar butang?

Apapun, sebaik memilih penataan kedesaan Inggeris, pastikan panduan dan elemen asasnya dipenuhi membabitkan:

Skim Warna - Tidak seperti kontemporari yang berumpankan warna pastel dan cerah, kedesaan Inggeris sebaliknya mengusulkan palet warna gelap. Lantai misalnya, menggunakan warna pekat coklat dan merah manakala dinding menyajikan putih yang mudah disuai padankan dengan sebarang corak. Motif flora lazimnya ditonjolkan pada langsir, kusyen dan alas meja. Palet warna yang diinspirasikan daripada musim luruh mengutarakan kesempurnaan gaya Inggeris.

Dinding - Tidak pernah ‘sunyi’ dengan corak. Kertas dinding motif bunga bertanah gelap pilihan unggul.
Loceng pintu logam motif rusa RM32.90.

Perabot - Kayu kemasan popular perabot diperlihatkan menerusi kerusi, meja, rak buku dan kabinet. Sentuhan loyang menambah anggun manakala sofa dan kerusi walau berhias sarat namun masih menawarkan keselesaan. Sarung kerusi kulit dan fabrik baldu menepati selera penggemar gaya ini.

Apapun pilihan perabot, keutamaan diberikan kepada yang berciri lasak. Semakin ia dimamah usia, semakin menjanjikan gaya penataan memukau rasa.

Sofa chesterfield tunjang gaya menawan, elok digayakan bersama rak buku kayu oak dilengkapi himpunan bacaan ilmiah.

Perhiasan - Gaya ini tidak mungkin menjadi minimalis. Jadi, biasakan diri anda dengan aneka perhiasan dan gantungan gambar berbingkai yang menghiasi serata ceruk ruang. Malah, pantang ada ruang kosong, pasti dibolosi koleksi antik yang ditempatkan di meja konsol, kabinet mahupun almari hiasan.
(Dari kiri) Bekas bunga motif mawar RM148.00. Bekas kayu dari RM78.90 - Rm215.00 dan Kaki lilin RM168.00.

Dek kerana sarat barang, sudut dan ruang mungkin nampak sesak namun jangan sesekali abaikan keselesaan. Justeru, pastikan anda masih bebas bergerak biarpun kediaman meriah perabot dan perhiasan.

Tip menghias

Meskipun, gaya Inggeris terkenal dengan sarat bercorak, namun banyak lagi boleh dilakukan supaya kediaman tampil menawan, antaranya:

  • Fabrik berbeza menyuntik tekstur di bilik. Justeru, tampilkan sarung kusyen motif floral dihiasi jahitan sulam tampal.

  • Pilih langsir fabrik mewah baldu corak bunga.

  • Kaki lilin logam bercawang menguatkan lagi pengaruh gaya Inggeris.

  • Selimut meja dengan alas fabrik mencecah lantai. Tambah perhiasan rekaan klasik bersama jambangan bunga hidup.

  • Selain dilihat misteri dan nostalgia, perabot dan perhiasan antik menyerlahkan ketulenan gaya kedesaan Inggeris.
Sumber : http://www.bharian.com.my/decor

Roboh dinding bina taman


Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my

Suasana damai dinikmati sambil mata dijamu kehijauan kolam dan ikan yang berenang.

Kos bina taman tidak banyak kerana kebanyakan bahan adalah lebihan ketika ubah suai rumah

ASALNYA rumah teres lot tepi terletak di Taman Keramat dihuni Sharifuddin Datuk Musa didiami ayahnya. Lebih tepat rumah itu dijadikan persinggahan keluarga dari Kuala Terengganu jika ada urusan perniagaan di Kuala Lumpur.

Kata Sharifuddin, dulu kediaman itu tidak mempunyai tanah untuk dijadikan laman kerana bapanya membina dinding rumah rapat ke pagar. Tapi selepas lama rumah itu ditinggalkan tanpa penghuni, Sharifuddin tekad berpindah dari apartmennya ke rumah bapanya ketika anak-anaknya sedang membesar.

Sumber http://www.bharian.com.my/dekor

Tuesday, March 10, 2009

Rekaan Dapur Terbaik daripada Pemenang Electrolux Rekaan Dapur 2008



Bertempat di US, pemenang utama adalah Marcello Zuffo daripada Ft. Lauderdale. Konsep beliau adalah daripada rekaan mudah laras atau mudah untuk diatur mengikut kegunaan dan ruang. Dengan rekaan corak berwarna oren, merupakan pemenang peraduan Electrolux rekaan dapur 2008. Pemenang tempat kedua adalah Kim Letven dan Nada Bibi daripada WE Design di Brooklyn, NY, koncep rekaan dapurnya adalah berkonsepkan pintu dapur 'sliding glass' disamping itu konsep dapurnya mengenakan konsep kurang ciri moden dipadankan antara ruang makan & ruang tamu. Pemenang tempat ketiga berkonsepkan astetika moden, mudah dan dapur yang efisien rekaan oleh Gisue Hariri of Hariri & Hariri Architecture.

Sumber http://javabali.info/

Tuesday, March 3, 2009

MIFF 2009, 3 – 7 March @ PWTC and MECC by MIFF Sdn Bhd



More than 500 leading furniture manufacturers and exporters from Malaysia and Asia, as well as from around the world, will be showcasing exciting designs and launching their latest products to the world at the Putra World Trade Centre (PWTC) and MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC).

Exhibitors at the two venues will be assigned via product categories. PWTC will highlight office and household furniture, whereas MECC will feature the display of sofa and household furniture.

Both venues will be connecting by non-stop shuttle service throughout the duration of the fair.

More information and contact purpose please visit http://www.miff.com.my/web/